Carian
ASUS Vivobook 16 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM2,599
September 29, 2023 Amy Maizuraa


ASUS kini hadir dengan penawaran baharu menerusi Vivobook 16 dengan fokus terhadap kegunaan harian khususnya golongan professional. Bagi yang berminat ia ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2,599 untuk model Ryzen 5 7530U dengan tambahan memori 8GB RAM. Sementara itu model Ryzen 7 7730U dengan tambahan memori 16GB RAM pula berharga RM2,999.

Untuk spesifikasi komputer riba ini dilengkapi skrin IPS 16-inci dengan resolusi FHD, bernisbah aspek 16:10 dan kecerahan puncak 300 nits. Ini digabungkan pula dengan pilihan CPU AMD Ryzen 5 7530U atau Ryzen 7 7730U, di samping sokongan AMD Radeon Graphics. Turut disertakan memori sehingga 16GB RAM, storan dalaman 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD dan bateri 42Wh dengan pengecasan 45W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara terbina dengan audio SonicMaster, sambungan Wi-Fi 6, dan bluetooth 5.3. Selain pilihan I/O yang terdiri dengan 1x USB 2.0 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C (power delivery), 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x HDMI 1.4, 1x bicu audio dan 1x DC-in.

Komen