AMD FidelityFX Super Resolution 3 Akhirnya Tiba Dan Disokong Dua Permainan Komputer
Nazrin
Setelah sekian lama AMD memperkenalkan teknologi AMD FidelityFX Super Resolution 3 mereka, teknologi penaiktarafan bingkai dalam permainan tersebut akhirnya sedia untuk digunakan oleh mereka yang berkecimpung dalam hobi permainan komputer.

AMD FSR 3 secara ringkasnya membantu dalam menambahkan jumlah bingkai didalam permainan komputer untuk membolehkan permainan-permainan komputer dimainkan dengan lebih lancar pada resolusi yang tinggi, sama seperti apa yang ditawarkan oleh NVIDIA melalui DLSS 3.
Perbezaan paling ketara ialah dimana teknologi Frame Generation hanya boleh dimanfaatkan oleh kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000, FSR 3 boleh dimanfaatkan oleh pelbagai jenis kad grafik, dari AMD Radeon RX 5000 dan RX 7000, termasuklah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000, RTX 3000 dan RTX 2000.

Sebagai contoh, sebuah kad grafik AMD Radeon RX 7900 XTX digunakan untuk memainkan permainan Forspoken pada resolusi 4K dan memperlihatkan kadar bingkai 53FPS tanpa menggunakan FSR 3. Dengan pra-tetapan FSR 3 ditetapkan pada tahap “Performance”, menggunakan ciri upscaling, olahan bingkai Fluid Motion dan anti-lag, permainan yang sama dapat digerakkan pada kadar bingkai setinggi 175 FPS.
Satu lagi ujian diperlihatkan, dimana permainan yang sama dimainkan pada resolusi 1440p dengan tetapan ultra-tinggi pada kadar bingkai 64FPS, dan apabila teknologi FSR 3 dengan bingkai Fluid Motion dan anti-lag digunakan, kadar bingkai permainan tersebut meningkat kepada 106FPS tanpa perlu menggunakan teknologi upscaling.

Frank Azor, Ketua Arkitek Solusi Gaming di AMD mengatakan bahawa apabila ia dilancarkan pada hari ini, (29 September 2023), ia akan disokong oleh dua permainan komputer terlebih dahulu, dan walaupun dia tidak mengesahkannya, ia dijangka bahawa dua permainan ini ialah Forspoken dan juga Immortals of Aveum.

Ia dijangka bahawa banyak permainan lain, khususnya permainan-permainan yang sudahpun menyokong teknologi FidelityFX Super Resolution sebelum ini juga akan dinaiktarafkan di bulan-bulan akan datang.