Cari @ Amanz

Menteri Kerja Raya hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka, yang menyokong 11 lebuhraya. Dengan langkah ini, orang ramai boleh membuat bayaran tol bukan sahaja dengan kad Touch n Go, tetapi turut menggunakan kad debit, kad kredit, dan juga kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard.

Ini sekaligus dijangka akan menjadikan perjalanan lebih lancar lagi. Sekiranya tiada baki di kad TNG, pengguna boleh menggunakan kad debit atau kredit, sekaligus melalui plaza tol tanpa perlu tersekat untuk tempoh yang lama serta menjejaskan trafik.

Sebelum ini, lebuhraya yang telah diumumkan akan menyokong sistem pembayaran terbuka ini adalah termasuk:

  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  • Skim Penyuaraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE)
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd