Pelbagai aplikasi nirtunai boleh dipasang pada peranti dengan ia digunakan bergantung kepada situasi. Tetapi kesemua aplikasi ini tidak bermakna sekiranya wang simpanan dalam akaun bank tidak mencukupi bagi menambah nilai.
Di UK, aplikasi Apple Wallet kini hadir dengan ciri yang boleh menunjukkan baki duit dalam akaun, baki hutang kad kredit, sejarah transaksi dan deposit yang dimasukkan dalam akaun.
Ini dilakukan menerusi sokongan API Open Banking yang diperkenalkan di UK. Pada waktu ini ciri ini hanya boleh digunakan pada peranti dengan perisian iOS 17.1 yang masih di peringkat ujian Beta. Bank yang disokong pula ialah Barclays, Monzo, Startling, HSBC, Lloyds, dan RBS. Kerana API ini hanya digunakan di UK, sokongannya di negara lain hanya akan berlaku sekiranya negara tersebut mempunyai API yang serupa.