Huawei dilihat mengemaskini harga jualan peranti skrin boleh lipat Mate X3 dengan penawaran lebih rendah berbanding biasa. Melaluinya peranti kini dijual pada harga RM7,288 sebuah dan boleh didapati secara eksklusif menerusi HUAWEI Experience Stores terpilih di seluruh Malaysia bermula hari ini.
Huawei Mate X3 hadir dengan skrin 6.4″ OLED LTPO di luar dan 7.85″ OLED LTPO boleh lipat di bahagian dalam. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 tanpa 5G digunakan sebagai tunjang utama bersama gabungan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Peranti ini juga memuatkan bateri sebesar 4,800 mAh dengan pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 50W.
Turut melengkapinya adalah kamera utama 50MP + 13MP +12MP dan kamera swafoto 8MP pada kedua-dua belah skrin. Peranti juga mempunyai kemampuan kalis air IP68 dan mod tangan basah khusus yang membolehkan peranti mengenali input sentuhan tanpa masalah meskipun digunakan sewaktu jari sedang basah.