Carian
CEO X Menyatakan Telah Membayar Hampir RM100 Juta Kepada Penerbit Kandungan
September 30, 2023 Aman

X dibawah Elon Musk telah mula membayar dan berkongsi pendapatan bersama para penerbit kandungan sejak Julai 2023 lepas. Melaluinya, ia membolehkan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya 500 pengikut serta jumlah paparan tweet mencapai 5 juta tontonan setiap tiga bulan, untuk memohon mendapatkan pendapatan hasil paparan iklan dibawah kandungan yang dikongsikan mereka.

Terkini, hari ini CEO X berkongsi menyatakan mereka telah berkongsi pendapatan melangkaui $20 juta (~RM93.88 juta) setakat ini kepada komuniti penerbit kandungan.

Sebelum ini, pada Jun 2023 lepas, Elon Musk menyatakan pembayaran pertama di X kepada penerbit kandungan berjumlah $5 juta. Dengan perkongsian angka terbaru ini, ia memperlihatkan lebih banyak kandungan dan penerbit kandungan mula menjana pendapatan di X.

Ini juga sekaligus mungkin membuatkan sebab utama mengapa lebih ramai akan aktif berkongsi kandungan di Twitter berbanding platform-platform yang lain.

Bagi anda sendiri, adakah anda menjana pendapatan melalui X? Berapakah anda telah jana setakat ini?

Komen