Bagi para pengguna Unifi, mungkin anda sedia maklum akan ciri dinamakan Unifi Rewards. Melaluinya, pihak Unifi memberikan mata ganjaran berupa satu mata untuk setiap ringgit yang dibelanjakan pada produk Unifi ketika pembayaran bil bulanan.
Namun, selepas 1 Oktober 2023, Unifi Rewards akan mengalami perubahan, dan tiada lagi mata ganjaran diberikan. Malah, mata ganjaran terkumpul sedia ada akan hilang dan tidak boleh digunakan selepas 1 Oktober 2023.
Unifi Rewards yang baharu akan berbentuk mengikut tahap berasaskan kepada pakej, tempoh langganan dan beberapa faktor lain.
Jadi, bagi anda yang menggunakan Unifi, jangan lupa menebus mata ganjaran Unifi Rewards anda selewatnya hari ini sebelum ia hilang begitu sahaja. Anda boleh melakukan penebusan melalui aplikasi MyUnifi atau Unifi Selfcare Portal hari ini.