Carian
Semua Perkhidmatan Berkaitan JPJ Akan Ditawarkan Melalui Aplikasi MyJPJ Menjelang 2025
September 30, 2023 Aman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia memperkenalkan integrasi lesen memandu dan lesen kenderaan motor pada aplikasi MyJPJ, sekaligus membawa usaha digitalisasi perkhidmatan JPJ setapak ke hadapan lagi. Disamping ciri berkenaan, JPJ sedia menyasarkan untuk memperkenalkan kemudahan untuk melakukan pembaharuan lesen terus melalui aplikasi berkenaan.

Kini, berkongsi lanjut juga, JPJ mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan semua perkhidmatan melibatkan JPJ terus melalui aplikasi MyJPJ menjelang tahun 2025 kelak. Dengan langkah ini ia akan memudahkan lagi pengguna dalam hanya perlu memfokuskan satu aplikasi sahaja sekiranya ingin mendapatkan atau merujuk perkhidmatan berkaitan JPJ.

Sasaran 2025 turut diletakkan selari dengan aspirasi jabatan tersebut untuk mencapai tahap digital menyeluruh untuk perkhidmatan dibawah mereka. Apa pun, ia masih bergantung kepada beberapa berkara, termasuk melibatkan sistem pembangunan MyJPJ sendiri.

Komen