Carian
Bing Chat Kini Dilengkapi Dengan Sokongan Penjana Gambar DALL-E 3 – Turut Boleh Jana Teks Dalam Gambar
September 30, 2023 Aman

Microsoft kini telah memperkenalkan sokongan penjana imej DALL-E 3 pada Bing Chat, sekaligus membolehkan anda menjana pelbagai imej dan gambar dengan input berasaskan teks ke gambar di Bing Chat.

DALL-E 3 merupakan penjana imej berasaskan AI generasi baharu oleh OpenAI. Ia menyertakan sejumlah penambah-baikkan dalam menjana gambar, dan meletakkan DALL-E dihadapan pesaing seperti MidJourney dan lain-lain adalah ia kini berupaya menjana teks dalam gambar tanpa masalah. Ini sekaligus memudahkan lagi proses penghasilan sesuatu perkara, seperti komik, poster, bahan promosi dan sebagainya.

Integrasi terus pada Bing Chat juga membolehkan pengguna untuk mendapatkan bantuan kecerdasan buatan berkenaan dalam mendapatkan input tambahan sebelum memulakan proses menjana gambar berkenaan.

Bagi anda yang berminat dengan teknologi janaan berasaskan kecerdasan buatan ini, boleh mencuba sendiri hari ini sokongan DALL-E di Bing Chat.

Komen