Sebelum ini, pada 2015 yang lepas, Microsoft telah memperkenalkan sokongan kemaskini sistem operasi secara percuma kepada pengguna Windows, membolehkan mereka yang menggunakan Windows 7 atau Winodws 8 untuk menaik-taraf kepada sistem operasi terbaru Windows 10. Langkah berkenaan turut meliputi naik-taraf ke Windows 11 tidak lama selepas itu.
Ini sekaligus membolehkan para pengguna untuk menaik-taraf ke sistem operasi versi baharu tanpa melakukan pembayaran tambahan – terutamanya apabila menggunakan Windows 7 atau Windows 8.
Namun, perkara berkenaan kini ditamatkan oleh Microsoft. Hal ini juga mungkin kerana Windows 7 dan Windows 8 yang telah sekian lama dan telah ditamatkan sokongan. Microsoft menyatakan penawaran kemaskini percuma ini sepatutnya ditamatkan sekitar 7 tahun lepas, tetapi dilanjutkan sehingga kini.
Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi boleh menaik-taraf ke Windows 10 atau Windows 11 secara percuma sekiranya menggunakan Winodws 7 atau Windows 8. Pengguna mungkin perlu mendapatkan lesen baharu untuk penaik-tarafan, atau perlu mendapatkan komputer baharu menggunakan sistem operasi terkini berkenaan.
Kemaskini ke Windows 11 daripada Windows 10 masih kekal percuma buat masa ini.