Cari @ Amanz

For You, You dan lain-lain yang lebih kurang sama adalah tab pada platform media sosial yang memaparkan kandungan berdasarkan minat atau corak penggunaan pengguna. Ia dipopularkan oleh TikTok, kemudian diikuti oleh platform lain seperti Twitter dan Threads. Sementara Facebook kekal menggunakan tab Feed.

Terbaru, YouTube turut dilihat menguji ciri lebih kurang sama dengan memperkenalkan tab baharu iaitu You. Walaubagaimanapun ia bukan memaparkan kandungan berdasarkan minat pengguna, sebaliknya ia hanyalah ikon untuk ke halaman profil pengguna.

Tab You ini membenarkan pengguna mengakses tetapan akaun, tetapan aplikasi, mod inkognito, akses kepada kandungan yang dimuat turun, senarai main dan banyak lagi. Kini bar di bawah memaparkan lima ikon iaitu Home, Shorts, “+”, Subscriptions dan juga You. Secara asasnya tab baharu ini menggantikan Your Library.

Buat masa ini, ujian ini terhad kepada pengguna terpilih untuk peranti Android sahaja. Untuk iOS tidak pasti sama ada ciri yang sama akan ditawarkan juga atau akan kekal dengan ikon sedia ada. Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd