TNG : Tiada Caj Tambahan Untuk DuitNow QR Buat Masa Ini
Aman
Touch n Go Digital kini menyatakan mereka tidak akan memperkenalkan sebarang caj tambahan untuk DuitNow QR melalui dompet digital mereka buat masa ini.
Walaubagaimanapun, TNG menekankan yang mana caj transaksi perlu diperkenalkan untuk operasi jangka masa panjang, dalam membolehkan kos dan pelaburan yang diperlukan dapat ditampung. Ini sekaligus akan dapat memastikan DuitNow QR beroperasi dengan lancar dan selamat.

TNG menekankan yang mana mereka tidak akan memperkenalkan sebarang caj tambahan untuk DuitNOW buat masa ini, sehingga industri bergerak kehadapan bersama.
Selain TNG, beberapa bank turut telah menyatakan sokongan untuk tidak memperkenalkan caj tambahan untuk DuitNow QR buat masa ini, termasuk Maybank, RHB dan Public Bank.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.