Astro kini mengumumkan mereka akan menghentikan sepenuhnya operasi Go Shop berkuat-kuasa 11 Oktober 2023 ini. Go Shop merupakan sebuah jenama usahasama yang beroperasi dibawah Astro GS Shop Sdn Bhd.

Sebelum ini, Go Shop telah dimulakan pada 2014 yang lepas, dimana ia menghimpunkan sejumlah promosi barangan dan diskaun untuk pembeli. Ia juga merupakan antara fokus Astro dalam arena edagang, sekaligus memudahkan orang ramai melakukan pembelian pada bila-bila masa dengan mudah.
Astro menyatakan langkah menghentikan operasi Go Shop diambil disebabkan oleh landskap ekonomi yang mencabar, selain perubahan gaya pembeli oleh para pengguna. Penurunan pembelian dan perubahan permintaan dapat dilihat sejak pandemik.
Dengan menutup operasi ini, Astro dijangka akan memfokuskan sumber kepada perniagaan-perniagaan yang lain.