Dengan persaingan sengit dalam arena penstriman video, setiap platform mencari kandungan eksklusif tersendiri. Terkini, ia dilaporkan Apple sedang mempertimbangkan untuk membida hak siaran global untuk perlumbaan Formula 1.

Ia dianggarkan nilai bidaan mungkin mencapai $2 bilion setahun. Terdapat beberapa perkara turut perlu diteliti sebelum Apple menerima hak eksklusif global untuk siaran berkenaan – memandangkan masih terdapat beberapa negara yang memegang hak siaran untuk beberapa tahun.
Apple sebelum ini sedia berjaya dengan penawaran MLS Season Pass. Sekiranya Apple berjaya mendapatkan hak siaran Formula 1, ia dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan Apple dalam penawaran siaran langsung eksklusif melalui platform mereka.