Cari @ Amanz

TikTok Menguji Pelan Berbayar Bulanan Untuk Pengalaman Bebas Iklan

Oleh Aman

Link Copied!

TikTok kini dilihat turut tidak ketinggalan dalam menguji ciri langganan berbayar, sekaligus memfokuskan dalam memberikan pengalaman penggunaan aplikasi bebas iklan.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melanggan kepada pelan berharga $4.99 sebulan yang memberikan mereka pengalaman penggunaan TikTok secara bebas iklan. Atau turut meneruskan pilihan untuk menggunakan TikTok secara percuma bersama dengan pengiklanan.

Ini juga mungkin akan menjadi salah satu eksperimen menarik, sekaligus menyaksikan adakah ramai yang akan memilih untuk paparan iklan atau sanggup untuk melanggan dalam menikmati perkhidmatan yang bebas iklan.

Buat masa ini, ciri ini ditawarkan kepada beberapa pengguna sahaja secara terhad, di Amerika Syarikat.


Komen ()