Oppo Malaysia dilihat mula mengacah kehadiran peranti pintar baharu tidak laman lagi. Buat masa ini mereka sekadar berkongsi poster tanpa butiran lebih lanjut. Sebaliknya sekadar menunjukkan bayangan sebuah peranti dengan bonggol kamera berbentuk bulat yang besar. Di samping kemasan berkilau yang juga memiliki tekstur khas menarik.
Namun ia berpotensi menjadi pengenalan untuk peranti boleh lipat baharu Oppo Find N3 Flip, sekaligus menjadi pengganti Find N2 Flip yang diumumkan tahun lalu. Menguatkan lagi spekulasi apabila peranti juga telah ditemui tersenarai di laman SIRIM Malaysia sejak 15 Ogos yang lalu dengan kod nama CPH2519 (OPPO Find N3 Flip).
Turut menjadi tanda tanya adalah tarikh pelancaran khusus yang mungkin diketahui dalam masa terdekat. Justeru sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya daripada pihak Oppo berhubung hal ini.