Samsung kini dalam persediaan hadir dengan beberapa tablet baharu di bawah penjenamaan Galaxy Tab A. Ia boleh terdiri daripada tiga variasi berbeza seperti Galaxy Tab A9, Galaxy Tab A9+ dan Galaxy Tab A9+ 5G.
Ketiga-tiganya juga telah melepasi pangkalan data SIRIM sekaligus menunjukkan pelancaran semakin hampir. Kesemuanya muncul dengan kod nama SM-X210 (Galaxy Tab A9+), SM-X216B (Galaxy Tab A9+ 5G) dan SM-X115 (Galaxy Tab A9) yang didaftarkan dengan nama pemohon Samsung Malaysia Electronics (SME) SDN. BHD.
Gambar sekadar hiasan
Butiran mengenai peranti masih samar-samar buat masa ini memandangkan masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran. Tetapi cip MediaTek Helio G99 dipercayai digunakan pada model asas, sementara itu versi plus pula boleh dilengkapi dengan Snapdragon 695. Dalam pad aitu Samsung juga mungkin melancarkan Galaxy Tab S9 FE sebagai pilihan lain.