Carian
(Kini Kembali Beroperasi Seperti Biasa) Pengguna Maxis Mengalami Isu Rangkaian – Maxis Sedang Berusaha Menyelesaikannya
October 3, 2023 Aman

Kemaskini 5 petang : Maxis kini telah menyelesaikan masalah berkenaan, dan rangkaian berfungsi seperti biasa untuk pengguna.

===

Maxis kini melalui media sosial, menyatakan mereka sedang mengalami masalah rangkaian, dan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Berdasarkan perkongsian pengguna, ramai mengalami masalah untuk mengakses rangkaian, termasuk membuat panggilan suara mahupun akses data.

Daripada semakan kami sendiri, terdapat beberapa pengguna yang dapat mengakses rangkaian seperti biasa, dan terdapat juga yang mengalami masalah dan tidak memaparkan sebarang rangkaian pada peranti mereka.

Bagi anda yang menggunakan Maxis, adakah anda mengalami masalah rangkaian?

Komen