Samsung Malaysia kini telah mengumumkan secara rasminya bakal membawa masuk telefon pintar Samsung Galaxy S23 FE untuk pasaran tempatan secara rasminya. Ia akan dijual bermula 10 Oktober 2023 ini.
Samsung Galaxy S23 FE hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2x bersaiz 6.4-inci FHD+, dan menyokong kadar segar semula 120Hz, menggunakan cip binaan 4nm. Ia tidak diketahui pasaran Malaysia akan menerima variasi Exynos atau Snapdragon. Ia turut hadir dengan memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.
Pada bahagian kamera, Ia menggunakan gabungan tiga sensor, dengan sensor utama 50-megapixel, serta dipadankan dengan sensor 12MP ultra-lebar dan 8MP telefoto. Untuk rakaman swafoto, Samsung menggunakan sensor kamera 10MP dihadapan.
Galaxy S23 FE dijana bateri 4500mAh dengan sokongan pengecacsan 25W. Ia turut menyokong pengecasan nirwayar.
Di Malaysia, Galaxy S23 FE versi 128GB ditawarkan pada harga RM2999, sementara model Galaxy S23 FE 256GB pula berharga RM3299.