CEO SoftBank, Masayoshi Son kini dipetik mengatakan yang mana mereka percaya kecerdasan buatan akan dapat mengatasi manusia dari segi bijaksana dalam tempoh 10 tahun, sekaligus mencapai AGI (Artificial General Intelligence).
Menurut CEO SoftBank, AGI akan mempunyai keupayaan bijaksana lebih 10 kali ganda berbanding dengan manusia. Disamping itu, beliau turut berkongsi idea “ASI (Artificial Super Intelligence)” yang mana dijangka mencapai faktor 10,000 kali ganda lebih bijak dari manusia. Hal ini dijangka akan dapat dicapai dalam tempoh 20 tahun lagi.
Beliau turut menekankan yang mana sokongan generatif berasaskan kecerdasan buatan sedia memudahkan manusia dalam beberapa perkara, dan perkembangan pantasnya turut memperlihatkan akan mengatasi manusia dalam beberapa perkara.
SoftBank sedia melakukan pelaburan dalam sejumlah syarikat, dan kecerdasan buatan sedia menjadi arena yang menjadi tumpuan ramai sejak setahun kebelakangan ini, apatah lagi dengan letusan populariti OpenAI.
- Sumber
- Reuters