Carian
Aplikasi Sarawak Go & Pay Diintegrasikan Pada Sistem Inforia Kereta Proton
October 4, 2023 Aman

ACO Tech yang menawarkan sokongan sistem inforia ATLAS pada beberapa kenderaan Proton, kini mengumumkan kerjasama dengan pihak Pay & Go dari Sarawak, sekaligus mengintegrasikan aplikasi pembayaran Pay & Go terus pada sistem inforia kenderaan.

Dengan integrasi ini, ia dijangka akan memudahkan orang ramai dalam membayar caj tempat letak kenderaan dengan mudah dari kereta tanpa perlu menggunakan telefon pintar.

Pay & Go boleh ditetapkan dengan nombor kenderaan, dan seterusnya ditambah-nilai dengan kredit terus ke akaun, sebelum digunakan untuk tujuan pembayaran.

Pengguna Proton X70 boleh menerima kemaskini integrasi Pay & Go pada sistem ATLAS ini bermula hari ini. Kemaskini sama akan hadir ke kenderaan Proton lain  tidak lama lagi.

Komen