Google hari ini secara rasminya memperkenalkan Google News dalam pilihan Bahasa Melayu, khusus untuk pengguna di Malaysia. Dengan langkah ini, ia memudahkan para pengguna tempatan dalam terus mengikuti pelbagai berita-berita tempatan dengan mudah, terutamanya dalam bahasa Melayu.
Bagi anda yang menggunakan Google News, kini boleh mengakses pilihan Bahasa Melayu di web, aplikasi Android dan juga iOS.
Melaluinya, ia menawarkan sejumlah berita yang disusun mengikut hari, dan kategori. Pengguna juga dihidangkan dengan susunan berita yang mungkin menarik minat masing-masing melalui halaman Google News.
Bersama-sama pengenalan ini, Google turut menekankan visi mereka dalam menjadikan maklumat mudah diakses oleh orang ramai dalam bahasa yang mereka sukai dan selesa.
Google turut berkongsi menyatakan mereka telah menghantar lebih 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan, pada tahun 2022 lepas.