Carian
Google Pixel Watch 2 Menawarkan Sensor Penjejak Kesihatan Lebih Baik Serta UWB
October 4, 2023 Amy Maizuraa

Google Pixel Watch 2 telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Dari aspek rekaan ia kelihatan serupa dengan generasi sebelum ini. Namun masih penambahbaikan ketara termasuk sensor yang mampu menjejak mencapai 40% lebih tepat dan algoritma AI dinaik taraf dengan sokongan tiga sensor baharu.

Pixel Watch 2 hadir dengan skrin 1.2″ OLED berbentuk bulat dengan tubuh sebesar 41mm yang menggunakan 100% aluminium kitar semula. Ia juga menggunakan cip Snapdragon W5 Gen 1 dengan padanan memori 2GB RAM, storan 32GB dan bateri 306mAh yang boleh bertahan sehingga 24 jam dengan sekali caj.

Sensor yang hadir ialah pengimbas nadi, penjejakan tidur, suhu kulit dan Continuous Electrodermal Activity dengan kemampuan mengesan tahap tekanan masa nyata. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dijejak secara automatik, selain itu jam tangan ini juga menyokong UWB yang sepatutnya membolehkannya menjejak peranti lain lebih tepat.

Terdapat juga integrasi sistem Fitbit yang yang membenarkan penjejakan nadi dan tidur yang lebih tepat dapat dicapai menurut Google. Dengan langganan Fitbit Premium pula pengguna boleh mengakses pelbagai sesi senaman mengikut sasaran peribadi yang ditetapkan. Harga jualan bermula $349 dengan dua pilihan variasi LTE dan WiFi.

Komen