Carian
Google Perkenal Sejumlah Ciri Baharu Berasaskan AI Untuk Pixel Buds Pro
October 4, 2023 Aman

Memulakan acara Pixel hari ini, Google turut mengumumkan beberapa kemaskini baharu untuk pengguna fon telinga nirwayar mereka, Pixel Buds Pro. Fon telinga yang diperkenalkan pada 2022 lepas ini, kini akan menerima kemaskini yang terus menambah-baik penggunaannya melalui sokongan kecerdasan buatan.

Beberapa ciri baharu dirancang, dan salah satunya adalah menambah-baik kualiti audio panggilan yang diterima, melalui ciri Clear Calling. Dengan langkah ini, ia akan membuang bunyi hinggar dalam panggilan, sekaligus memastikan pengguna mendengar sesuatu panggilan dengan lebih jelas. Disamping itu, ia kini dilengkapkan dengan sokongan Bluetooth Super Wideband yang membolehkan suara lebih jelas melaluinya.

Google juga akan menambah “Transparency Mode” pada Pixel Buds Pro, dimana sekiranya ia mendengar suara pemakai, ia akan menghentikan sementara audio atau muzik yang sedang dimainkan, sekaligus memudahkan pengguna memfokuskan kepada perbualan sementara.

Ciri lain yang akan turut disertakan adalah termasuk memberikan amaran kepada pengguna apabila anda mendengar terlalu kuat, selain sokongan khusus ketika bermain permainan video melalui telefon pintar.


Kemaskini baharu ini akan hadir tidak lama lagi untuk pengguna Pixel Buds Pro.

Komen