Google Umum “Assistant With Bard” – Mengintegrasikan Ciri Generatif Pada Google Assistant
Aman
Google sedia mencuri perhatian ramai melalui Google Bard pada tahun ini, iaitu sokongan penjanaan atau generatif berasaskan kecerdasan buatan, membolehkan ia memberikan respon dan menjana pelbagai teks dan gambar dengan mudah melaluinya.
Pada acara hari ini, Google turut mengumumkan sebuah lagi integrasi menarik, iaitu Assistant with Bard. Ini membawa kepada integrasi ciri penjanaan Bard terus pada Google Assistant.

Ini sekaligus memudahkan anda bertanyakan pelbagai perkara, dan pada masa yang sama membantu anda dalam menyelesaikan beberapa tugasan dengan pantas. Pengguna juga turut boleh merakamkan gambar, dan meminta ia menjana teks untuk perkongsian sosial. Ciri ini juga boleh membantu dalam perancangan harian – dimana ia bukan sahaja menyemak tugasan tertangguh tetapi turut membantu anda dalam menjana sesuatu teks atau balasan dalam memudahkan urusan harian.


Pengenalan integrasi ini ini sekaligus membawa Google Assistant pada tahap seterusnya melalui integrasi Bard. Google mengatakan akan menawarkan Assistant With Bard ini dalam beberapa bulan akan datang.