Carian
Google Perlihat Ciri Membuang Audio Tidak Dikehendaki Pada Video Melalui “Audio Magic Eraser”
October 5, 2023 Aman

Google sebelum ini sedia memperkenalkan ciri membuang sesuatu objek tidak dikehendaki dalam gambar dengan mudah, melalui ciri Magic Eraser. Pengguna boleh hanya tap pada sesuatu gambar, dan seterusnya membuang ia, sekaligus menjadikan gambar yang anda rakamkan lebih kemas.

Kini, selain pada gambar, Google turut memperluaskan penawaran berkenaan meliputi video. Ciri dinamakan Audio Magic Eraser ini diperlihatkan pada acara pelancaran Pixel 8 hari ini, dan bakal hadir terlebih dahulu ke peranti tersebut.

Melaluinya, apabila diaktifkan, Audio Magic Eraser akan mengenal-pasti audio pada sesuatu video yang dirakamkan, dan seterusnya mengasingkan dengan mengkategorikan ia. Pengguna kemudian boleh memilih untuk membuang atau mengurangkan kelantangan sesuatu audio berkenaan.

Ini sekaligus menjadikan proses penyuntingan audio pada sesuatu video lebih mudah. Malah, pengguna juga boleh menyimpan rakaman memori video dengan lebih baik tanpa perlu melalui proses penyuntingan yang sukar.

Ciri ini diumumkan terlebih dahulu untuk Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke peranti lain di pasaran.

Komen