MrBeast mungkin merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi mereka yang mengikuti media sosial dan juga YouTube. Sering mencatatkan paparan tontonan yang tinggi melalui YouTube, dan disenaraikan sebagai penerbit kandungan dengan pendapatan paling tinggi pada platform tersebut.
Terbaru, mengikut laporan angka bulanan terkini, MrBeast dilihat mencapai lebih 2 bilion tontonan sebulan melalui YouTube sahaja. Ini sekaligus menjadikan jenama dan saluran MrBeast tersebut jauh di hadapan berbanding pelbagai saluran lain di YouTube mahupun web.
Perkara ini sendiri dijayakan melalui sejumlah langkah, termasuk penawaran saluran-saluran MrBeast versi alih-suara dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Indonesia. Selain saluran utama MrBeast, mereka juga mempunyai beberapa saluran lain dibawah mereka, termasuk seperti MrBeast Gaming, Beast Philanthropy dan sebagainya.
Disamping itu, saluran utama MrBeast sendiri kini mencatatkan sejumlah 189 juta pelanggan, dan tidak mustahil untuk mencapai angka 200 juta pelanggan dalam masa terdekat ini.