Aksesori penjejakan objek Samsung Galaxy SmartTag2 telah diumumkan hari ini dengan rekaan serba baharu yang lebih besar. Terdapat lubang besar pada bahagian atas SmartTag2 yang membolehkan ia diletakkan pada kunci, bagasi, kenderaan dan pelbagai lagi objek yang ingin dijejak dengan lebih mudah.
Kelebihan utama SmartTag2 ialah ia boleh dijejak dalam lingkungan 120 meter berbanding versi asal yang hanya dalam lingkung 20 meter pada generasi pertama. Terdapat mod penjimatan bateri baharu yang membolehkan ia beroperasi selama 700 hari. Dalam mod biasa SmartTag2 boleh bertahan selama 500 hari yang juga jauh lebih baik berbanding versi asal yang bertahan sekitar 300 hari sahaja.
Selain itu dengan peranti Galaxy yang dilengkapi UWB, terdapat mod carian menggunakan realiti terimbuh AR lengkap dengan anak panah kedudukan objek. Samsung Galaxy SmartThings2 akan mula dijual di pasaran terpilih bermula 11 Oktober depan tetapi harga belum diumumkan.