Apabila disebut sahaja tentang Leica, tentu ramai yang beranggapan bahawa ia akan membawakan tanda harga yang tinggi. Mana tidaknya, lensa Leica dikatakan antara salah satu jenama yang mewah dan sangat dikenali terutamanya bagi pencinta fotografi. Malah harga jualannya kadang kala tidak masuk akal mahalnya.
Tetapi, dengan pelancaran siri Xiaomi 13T yang terbaru ini, anda kini boleh merasai pengalaman seakan-akan menggunakan kamera Leica sebenar pada harga yang lebih mampu milik. Ini jika anda bandingkannya dengan harga jualan sebuah kameranya yang ada di pasaran. Jika anda masih keliru sama ada ia berbaloi untuk dibeli ataupun tidak, dibawah merupakan antara sebab mengapa anda perlu memilikinya.
1. Fotografi Anda Nampak Lebih Profesional Walaupun Menggunakan Telefon Pintar
Kita sering dimomokkan dengan persepsi jika mahukan penggambaran yang lebih cantik dan nampak profesional, perlu menggunakan kamera profesional yang sebenar. Ini kerana persepsi orang ramai kebiasaanya adalah – kamera telefon pintar tidak dapat memberikan kualiti yang padu jika dibandingkan dengan kamera profesional sebenar. Tetapi tidak pada siri Xiaomi 13T kali ini yang terdiri daripada Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro.
Kedua-dua telefon pintar ini mempunyai spesifikasi kamera yang sama, iaitu 50MP kamera utama, 12MP kamera sudut ultra lebar dan 50MP untuk kamera telefoto. Manakala 20MP untuk kamera swafoto. Selain ciri yang kebiasaannya ada seperti mod malam, potret dan panorama, kedua-dua telefon pintar ini juga mempunyai mod Leica Authentic dan Leica Vibrant. Melaluinya, anda boleh dapatkan hasil rakaman yang lebih jitu tanpa perlu membuat suntingan selepas mengambilnya.
Ini kerana ciri ini akan melaraskan pencahayaan pada gambar secara automatik mengikut pencahayaan persekitaran anda. Jika mengambil gambar dalam mod Leica Vibrant, pewarnaan rakaman anda akan nampak lebih menyerlah. Namun, sekiranya anda inginkan rakaman dengan hasil pewarnaan yang lebih asli, boleh cuba untuk menggunakan mod Leica Authentic.
2. Kapasiti Bateri 5000mAh Cukup Untuk Kegunaan Sepanjang Hari
Kapasiti bateri sebenarnya adalah sangat penting untuk kegunaan seharian kita. Tambah-tambah jika kita adalah salah seorang daripada pencipta kandungan yang sering menggunakan kamera telefon pintar sebagai telefon pintar harian. Tentunya kita memerlukan kapasiti bateri yang cukup besar untuk menampung keperluan penggunaan seharian kita.
Oleh sebab itu, Xiaomi menyertakan bateri berkapasiti 5,000mAh pada siri Xiaomi 13T ini. Jika kapasiti bateri ini habis digunakan selepas seharian menggunakannya, anda boleh membuat pengecasan pantas melalui 120W HyperCharge bagi Xiaomi 13T Pro dan 67W Xiaomi Turbo Charge bagi Xiaomi 13T. Malah menurut Xiaomi, janaan cip pemprosesan yang ada pada kedua-dua model ini juga membantu untuk memberikan kecekapan yang lebih baik kepada penggunaan bateri agar dapat tahan lebih lama sepanjang hari.
Untuk pengetahuan anda, cip pemprosesan yang digunakan adalah cip MediaTek Dimensity 9200+ bagi Xiaomi 13T Pro dan MediaTek Dimensity 8200-Ultra bagi model Xiaomi 13T. Melaluinya, prestasi penggunaan seharian akan menjadi lebih lancar, tidak kira sama ada untuk menghasilkan rakaman berkualiti, bermain permua dan apa apa kegunaan seharian sekalipun.
3. Skrin Dengan CrystalRes Display Untuk Paparkan Kejituan Warna Rakaman Anda
Keupayaan skrin ini sebenarnya penting kerana menatal skrin adalah benda yang wajib kita akan buat jika menggunakan telefon pintar. Ciri ini merupakan keperluan asas yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli telefon pintar. Mana mungkin anda akan selesa menggunakan telefon pintar jika skrin tersekat-sekat dan berlaku masalah lengah masa, bukan?
Jadi dengan sokongan skrin yang ada pada siri Xiaomi 13T kali ini, ia dikatakan dapat menambah baik pengalaman tatalan dan tontonan anda, terutama sekali jika digunakan untuk bermain permua. Kedua-dua model ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67 inci CrystalRes Display yang mana ia turut menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz.
Anda juga akan dapat menikmati kualiti tontonan yang lebih mengasyikkan. Ini kerana skrinnya beresolusi 1.5K dan mempunyai kecerahan skrin sehingga 2600nits. Malah, kalau anda ingin melihat semula gambar yang diambil pun akan nampak pewarnaannya lebih jitu, hasil gabungan kecekapan lensa Leica dan sokongan skrin pada peranti ini.
Kesimpulan
Jadi, sekiranya anda seorang yang mementingkan kualiti kamera dan prestasi penggunaan seharian, siri Xiaomi 13T ini adalah untuk anda. Jika sebelum ini apabila sebut sahaja Leica, dalam kepala, kita akan merasakan ia adalah sesuatu yang mahal untuk dibelanjakan. Tetapi kini dengan pelancaran siri Xiaomi 13T, semua orang dapat merasai kehebatan menggunakan kamera Leica pada harga yang lebih mampu milik jika dibandingkan dengan kameranya yang sebenar.
Bagi anda yang berminat, siri telefon pintar ini sudah mula dijual dengan beberapa pilihan saiz storan. Bagi Xiaomi 13T dengan pilihan saiz storan 8GB+256GB, anda boleh membelinya pada harga RM1,799 dan ia dijual eksklusif di Lazada dan Shopee. Manakala bagi variasi dengan storan 12GB+256GB pula, anda boleh memilikinya pada harga RM1,999 menerusi kedai rasmi Xiaomi.
Untuk model Xiaomi 13T Pro pula, terdapat 3 pilihan storan yang anda boleh pilih. Bagi variasi 12GB+256GB, anda boleh dapatkannya pada harga RM2,499 dan hanya eksklusif di Lazada dan Shopee. Manakala bagi variasi 12GB+512GB pula, ia dipasarkan pada harga RM2699 dan variasi storan 16GB+1TB pula dijual pada harga RM3,499. Kedua-dua model ini boleh dibeli menerusi kedai rasmi Xiaomi.
Bagi siri Xiaomi 13T ini, anda boleh dapatkannya dengan beberapa pilihan warna yang terdiri daripada Meadow Green, Alpine Blue dan juga Black. Tetapi jika anda membeli variasi yang boleh dibeli menerusi kedai rasmi Xiaomi, anda berpeluang untuk mendapatkan Xiaomi Buds 3T Pro yang bernilai RM549 secara percuma.
Jadi, apa pendapat anda mengenai harga jualan untuk siri Xiaomi 13T ini? Pada harga permulaan serendah RM1799, anda boleh dapatkan telefon pintar terkini dengan sokongan lensa Leica. Oleh itu, beli telefon pintar ini sekarang dan dapatkan hadiah percuma sementara masih ada. Ciri Leica pada siri Xiaomi 13T memang sesuai untuk penggemar fotografi yang inginkan telefon pintar pada harga yang menarik hati.
Penafian : Advertorial daripada Xiaomi Malaysia