Aplikasi menghasilkan model 3D ZBrush akan akhirnya ditawarkan di iPad bermula tahun depan. Pengumuman dilakukan oleh Maxon ketika acara ZBrush Summit beberapa hari yang lalu. Sekadar pengumuman sahaja diketahui setakat ini tanpa maklumat mengenai bila ia akan ditawarkan serta apakah yang boleh dilakukan pada versi iPad.
Selama ini ZBrush hanya disokong pada komputer membuatkan ia tidak boleh digunakan ketika di luar rumah. ZBrush boleh digunakan untuk menghasilkan model 3D bagi keperluan karya digital, kesan khas dan juga pembangunan permainan video. Objek 3D yang dihasilkan kemudian boleh dieksport ke perisian lain untuk dianimasi atau dijadikan aset dalam permainan video.
Sejak Apple mula berpindah ke Apple Silicon, pelbagai aplikasi desktop mula disokong secara natif di iPad seperti Final Cut Pro dan DaVinci Resolve. Apakah pula agaknya perisian desktop seterusnya yang akan disokong pada iPad selepas ini.