Microsoft telah melancarkan Windows CoPilot, iaitu sistem kecerdasan buatan generatif yang berbual seperti manusia serta menjana imej berdasarkan prom yang dimasukkan oleh pengguna. CoPilot boleh dilancarkan menggunakan butang Win+C.
Terbaru, OneDrive pula yang dikemaskini dengan integrasi CoPilot selain turut menerima antaramuka baharu. Menurut Microsoft, ini adalah OneDrive generasi ketiga mereka. Rekaan antaramuka yang digunakan adalah Fluent Design yang sama pada Windows 11 dan memfokuskan kepada laman utama baharu yang lebih mudah untuk mengakses fail.
Folder kini menyokong warna, ada cadangan kandungan “For You Section” yang dikuasakan AI, boleh mencari fail mengikut kategori tersendiri, ada Add New yang membenarkan terus mencipta dokumen Microsoft 365 dengan pantas, kemudian Share view dan People view akan lebih mudah melihat fail yang dikongsi serta memantau siapa yang mempunyai akses.
Ciri CoPilot yang terbina pula adalah untuk menguasakan enjin carian pada OneDrive, di mana pengguna boleh menggunakan prom ringkas untuk mencari fail yang lebih spesifik, mencari siapa yang hantar, tidak akan salah membuka dokumen yang tidak diingini dan CoPilot turut boleh mencadangkan kepada siapa pengguna ingin menghantar sesuatu fail.
Kebanyakan ciri baharu ini sedia diuji dengan akses yang terhad, Microsoft menjangka akan melancarkan versi stabil kepada semua menjelang tahun 2024 nanti.