Huawei hari ini turut mengumumkan tablet baharunya MatePad 11.5″ PaperMatte Edition di Malaysia. Seperti namanya tumpuan utama sudah semestinya pada sokongan penapis matte yang digunakan bagi tujuan mengurangkan masalah silau pada skrin.
Bertambah baiknya lagi apabila ia juga melepasi pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light untuk pencahayaan sinar biru yang rendah. Selain terdapat juga Colour eBook Mode terbina yang menawarkan pengalaman membaca seakan di atas kertas.
Skrin digunakan bersaiz 11.5-inci IPS LCD dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 870, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan menjalankan HarmonyOS 3.1 untuk tunjang utama.
Ini bermakna tablet ini menyokong pelbagai ciri pintar terbina seperti Group Collaboration, Smart Multi-window dan perkongsian fail secara mudah dengan SuperHub. Di samping bboleh digunakan bersama aksesori tambahan seperti papan kekunci dan stylus Huawei M-Pencil (2nd generation).
Keupayaan kamera utama pula terdiri dengan 13MP + 8MP yang juga diikuti dengan kamera swafoto 8MP. Turut disertakan ialah empat pembesar suara dengan audio Huawei Histen 8.1 dan bateri 7700mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 22.5W.
Bagi yang berminat tablet ini dijual pada RM2,299 dengan pilihan warna Space Grey. Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah bernilai hingga RM1,496 yang termasuk papan kekunci yang diberikan percuma. Ketersediaan adalah menerusi pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.