Discord kini mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk klien Windows bagi pengguna yang menjalankan sistem 32-bit. Sokongan ini akan ditamatkan pada 1 DIsember 2023 kelak.
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan sistem operasi Windows 64-bit untuk menggunakan klien Discord.
Discord menyatakan fungsi asas mungkin boleh kekal digunakan pada sistem operasi 32-bit selepas tarikh berkenaan, tetapi kestabilannya tidak dijamin oleh Discord. Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan pelayar web – selagi mana pelayar web berkenaan mencapai ketetapan minima Discord.