Cari @ Amanz

PETRONAS hari ini melancarkan rangkaian 5G peribadi pertama di Malaysia. Ia terletak di fasiliti Terminal Pengegasan Semula di Sungai Udang (RGTSU) di Melaka. Projek menggunakan 5G telah dimulakan PETRONAS telah dimulakan sejak 2019 lagi dengan ia menjalani proses pengesahan konsep di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) di Kuala Terengganu pada tahun 2020.

Projek pembangunan rangkaian 5G peribadi PETRONAS ini menerima bantuan MCMC, DNB dan juga Telekom Malaysia. Menerusinya PETRONAS menggunakan kelajuan 5G yang pantas serta dengan masa pendam rendah untuk mengawal kelengkapan Internet benda, automasi dan kecerdasan buatan.

Menurut PETRONAS lagi sejak menggunakan 5G di RGSU, keperluan mengumpul data dapat dikurangkan sehingga 50% kerana boleh dilakukan dari jarak jauh. Ini turut mengurangkan penggunaan bahan api dalam fasiliti kerana kenderaan tidak diperlukan untuk melakukan proses pengumpulan data. 5G juga dapat meningkatkan keselamatan operasi kerana kemampuan memberikan amaran serta pemantau kawasan bahaya dilakukan secara masa nyata.

PETRONAS mengatakan tiga lagi fasiliti mereka di Sarawak, Terengganu dan Melaka turut akan tersedia dengan kemampuan 5G dalam masa terdekat. Sasaran mereka ialah 10 fasiliti di darat dan 20 fasiliti luar pesisir milik mereka akan dilengkapi 5G selepas 2024.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd