Carian
Microsoft Teams Dikemaskini Untuk Kurang Menggunakan RAM Komputer
October 6, 2023 Effi Saharudin

Perisian Microsoft Teams telah dikemaskini hari ini untuk platform Windows dan Mac. Perubahan paling besar yang dilakukan ialah ia kini mengurangkan penggunaan memori dan storan berbanding sebelumnya. Versi terbaru ini sudah dalam proses ujian sejak awal tahun ini dah hanya diberikan kepada semua hari ini.

Selain mengurangkan penggunaan sumber komputer, proses melakukan pertukaran aplikasi dan melancarkan Teams sendiri adalah sehingga dua kali lebih pantas menerusi mengoptimasian. Integrasi Winows CoPilot juga diperkenalkan bagi membolehkan pengguna menguruskan pasukan, jadual peribadi dan berhubung dengan pelanggan dengan bantuan kecerdasan buatan.

Pada Mac, Teams beroperasi secara natif dan selain kini lebih pantas peningkatan pada tahap keselamatan juga telah dilakukan oleh Microsoft.

Komen