Luno Malaysia meneruskan penambahan sokongan kriptowang, dan terkini, kriptowang yang ke-11 ditawarkan melalui platform mereka adalah Polygon (MATIC). Dengan langkah ini, pengguna sudah boleh mendapatkan kriptowang berkenaan – termasuk membeli, menjual dan menyimpannya melalui dompet Luno.
Untuk makluman, Polygon merupakan rantaian-blok dengan sasaran menjadikan Ethereum lebih pantas dan murah untuk digunakan. Teknologi Polygon ini sedia menerima pelaburan ramai, termasuk digunakan untuk membantu syarikat global seperti Mastercard, Starbucks, Meta dan sebagainya.
Menurut Luno, walaupun MATIC wujud dalam bentuk kriptowang ERC-20 pada rangkaian Ethereum, tetapi Luno hanya menyokong MATIC pada rangkaian Polygon sahaja.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kriptowang MATIC melalui dompet digital Luno di Malaysia bermula hari ini.