Carian
Google Dikatakan Menghalang Samsung Daripada Penawaran Aplikasi Carian Tersendiri
October 6, 2023 Aman

Google merupakan sebuah enjin carian gergasi di dunia, dan diintegrasikan pada pelbagai peranti – bukan sahaja pada peranti Android, tetapi juga sebagai enjin carian utama di iPhone.

Terbaru, melalui perbicaraan melibatkan Google, ia dikongsikan menyatakan Google pernah menghalang Samsung daripada menawarkan aplikasi carian tersendiri.

Google Search

Samsung melalui Samsung Next sedia melakukan sejumlah syarikat inovatif lain, dan pernah mencadangkan untuk integrasi sebuah sokongan carian pada peranti Android keluaran Samsung. Namun, perkara berkenaan menerima aduan Google.

Selain Google, ia dikatakan Samsung juga turut menerima tentangan daripada syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat daripada penyertaan ciri berkenaan.

Google sedia membayar sejumlah pengeluar peranti dalam mengekalkan posisi monopoli mereka, dan perkara berkenaan kini sedang diperdebatkan.

Pihak Microsoft sendiri sebelum ini menyatakan mereka memegang sekitar 3% pasaran pada peranti mudah-alih, dan lebih 90% adalah dipegang oleh Google melalui pelbagai kerjasama dan perjanjian dengan pengeluar.

Komen