Carian
Vaksin Kombinasi Covid-19-Selesama Moderna Didapati Berkesan Dalam Ujian
October 9, 2023 Effi Saharudin

Kita kini hidup dalam dunia pasca-pandemik. Covid-19 masih wujud tetapi impaknya ke atas masyarakat sahaja sudah berkurangan. Tetapi bagi mereka yang ingin benar-benar melindungi diri, suntikan vaksin Covid-19 untuk varian terbaru dan juga selesema adalah sangat digalakkan khususnya bagi golongan berisiko tinggi. Moderna mengumumkan kejayaan ujian fasa dua vaksin kombinasi Covid-19 dan selesema mereka minggu lalu.

Vaksin Cucuk

Dalam ujian klinikal fasa dua, vaksin mRNA-1083 menunjukkan reaksi positif yang setara ataupun lebih baik berbanding vaksin selesema Fluarix, Fluzone HD dan vaksin Covod-19 Spikevax keluaran Moderna. Reaksi negatif terhadap vaksin adalah sama seperti vaksin Covid-19 lain dengan hanya 4% menunjukkan reaksi tahap ketiga yang diklasifikasikan sebagai serius.

Dengan kejayaan fasa kedua, ujian fasa ketiga pula akan dimulakan menjelang penghujung 2023 dengan sasaran mRNA-1083 boleh ditawarkan kepada orang ramai menjelang 2025.

Komen