Dua tahun lepas, OnePlus Watch dilancarkan selepas sekian lama menantikan jam tangan pintar dari jenama di bawah BBK Electronics ini. Jam ini walau bagaimanapun bukanlah Wear OS, sebaliknya sistem operasi mereka yang tersendiri dengan sokongan Google Maps dan integrasi ekosistem OnePlus.

Terbaru, Max Jambor selaku peniris produk OnePlus melaporkan yang OnePlus pada tahun 2024 nanti akan melancarkan jam tangan pintar baharu. Beliau menyatakan jam ini akan menggunakan rekaan skrin bulat seperti OnePlus Watch dan bukan petak seperti Nord Watch.

Menariknya, jam ini dikatakan adalah jam Wear OS dan besar kemungkinan adalah penjenamaan semula daripada Oppo Watch untuk pasaran global. Jam ini akan mempunyai skrin beresolusi 466 x 466, dijana Snapdragon W5 Gen 1 + BES 2700, sokongan ECG, Always-on Display, eSIM, kawalan gestur seperti Apple Watch Series 9, penjejakan oksigen dalam darah dan banyak lagi. Sama-sama kita nantikan kemunculan jam Wear OS pertama OnePlus tahun hadapan.
- Sumber
- X – Max Jambor