JDB Membangunkan Komponen MicroLED Merah Dengan Nilai Kecerahan Satu Juta Nits
Nazrin
Paparan skrin kini hadir dalam pelbagai jenis saiz dan bentuk. Dari skrin iklan gergasi di jalan raya, ke televisyen, peranti pintar, dan kini perkakasan realiti maya, paparan skrin digital dimanfaatkan dalam pelbagai jenis cara.

Terkini, Jade Bird Display (JBD) telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya untuk membangunkan komponen MicroLED merah yang mempunyai nilai kecerahan setinggi satu juta nits. Ini merupakan suatu kejayaan khususnya kerana MicroLED merah ini merupakan salah satu daripada komponen yang sangat sukar untuk dikecilkan.
MicroLED ialah sebuah jenis paparan yang secara lazimnya digunakan untuk alat-alat elektronik yang lebih kecil, dan kebelakangan ini, sangat popular digunakan bersama alat realiti maya dan realiti terimbuh.
Kelemahan utama MicroLED diperlihatkan pada MicroLED merah, yang mana berbeza dengan komponen biru dan hijau yang diperbuat daripada indium gallium nitride (InGaN), MicroLED merah diperbuat daripada bahan indium gallium phosphide (InGaP).

Mengecilkan komponen LED juga secara lazimnya akan mengurangkan kecekapan komponen, dan untuk MicroLED merah, khususnya, kecekapan tersebut menurun kepada tahap peratusan satu digit apabila dibangunkan dengan nilai kecerahan tinggi.
Dengan ini, ia dilihat bahawa MicroLED merah sudah mencapai kesamarataan dengan MicroLED biru dan hijau, dimana ia kini boleh dimanfaatkan untuk aplikasi yang memerlukan nilai kecerahan tinggi, seperti didalam peranti realiti maya dan terimbuh.
Ini juga bermakna bahawa paparan MicroLED dengan nilai kecerahan yang lebih tinggi boleh juga diperlihatkan dengan lebih meluas lagi.
[sumber]Tom’s Hardware dan EE Times[/sumber]