Vivo secara rasminya telah mengumumkan kemaskini Funtouch OS 14 yang dibina berasaskan Android 14. Seiring dengannya Vivo turut berkongsi latar masa penuh dan bakal diedarkan pada lebih 30 peranti Vivo terpilih bermula di India. Ia juga sedia dimuat-turun bermula pertengahan bulan Oktober 2023 dan siri Vivo X90 adalah peranti yang terawal menerimanya.
- Pertengahan Oktober 2023 – Vivo X90 Pro dan X90
- Pertengahan November 2023 – Vivo X80 Pro
- Pertengahan Disember 2023 – Vivo X80, V29 Pro, V29, V27 Pro dan V27
- Pertengahan Januari 2024 – Vivo X70 Pro+, X70 Pro, X70, V29e, V25 Pro, V25, T2Pro 5G dan Y100
- Pertengahan Februari 2024 – T2 5G, T2X 5G, T1 Pro 5G, T1, T1 5G, Y100A dan Y56 5G
- Pertengahan Mac 2024 – Vivo V23 Pro, V23 5G dan V23e 5G
- Pertengahan April 2024 – Vivo X60 Pro+, X60 Pro, X60, Y75 5G, Y36 dan Y35
