Pada hari ini, terdapat sejumlah aplikasi yang menawarkan produk berbentuk catatan nota. Kini turut menyertainya bersama adalah sebuah produk tempatan, dinamakan Sera Board.
Sera Board diperlihatkan bersempema JomLaunch 2023 baru-baru ini, dimana melaluinya ia menyasarkan untuk pengurusan nota pakai-buang – terutamanya seperti catatan untuk pembelian barangan runcit, catatan nota ringkas, menguruskan perancangan majlis, dan sebagainya. Ciri kolaborasi turut disertakan untuk memudahkan sesuatu nota tersebut dibangunkan bersama pasangan, kawan-kawan dan sebagainya.
Untuk makluman, Sera Board akan memadam semua nota selepas seminggu, sekaligus memastikan aplikasi nota berkenaan kekal kemas dan tidak serabut dengan pelbagai nota-nota lain padanya.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Sera Board ini secara percuma hari ini.