Oppo bakal mengadakan OPPO Developer Conference (ODC) 2023 dengan tema “Innovation and Shared Intelligence Without Boundaries”. Dijadualkan berlangsung pada 16 November 2023 di Shanghai, ia merupakan persidangan berskala besar tahunan Oppo untuk para pemaju dan rakan kongsi. Selain turut berkongsi pelbagai perkembangan terkini termasuk kemaskini pelancar baharu berasaskan Android untuk telefon pintar mereka iaitu ColorOS 14.

Ia akan dibina berasaskan Android 14, dan Oppo juga terlebih dahulu berkongsi latar masa muat-turun versi beta untuk peranti terpilih. ColorOS 14 Beta ini boleh mula dimuat-turun bermula 12 Oktober 2023 tetapi hanya di China, dan peranti terawal yang menerimanya terdiri daripada segmen premium dan pertengahan. Kemudiannya lebih banyak peranti akan terus disokong pada bulan-bulan mendatang.

Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi untuk pengumuman rasmi tersebut, pengguna sudah semestinya boleh mengharapkan ciri dan peningkatan terkini pada peranti Oppo mereka.
- Info
- Sumber – OPPO Developer Conference (ODC) 2023