Carian
Samsung Pertimbang Untuk Tawarkan Kemaskini Sekuriti Melangkaui 5 Tahun
October 10, 2023 Aman

Google baru-baru ini telah mengumumkan bakal menawarkan kemaskini perisian untuk peranti Pixel terbaru mereka selama 7 tahun lamanya. Lanjutan daripada itu, kini Samsung melalui sebuah temuramah turut menyatakan sedang dalam pertimbangan untuk memperluaskan penawaran kemaskini sekuriti untuk peranti mereka, melangkaui lima tahun.

Pada hari ini, Samsung menawarkan kemaskini sistem operasi selama 4 tahun, dan kemaskini sekuriti selama 5 tahun. Samsung merupakan antara pengeluar yang komited dalam penawaran kemaskini ini, mendahului pelbagai pengeluar lain dalam industri sama – sekaligus memastikan peranti keluaran mereka kekal selamat digunakan untuk tempoh masa lama.

Menurut pihak Samsung, mereka sedang aktif pertimbangkan dan bincangkan perkara berkenaan penawaran kemaskini sekuriti melangkaui 5 tahun ini. Buat masa ini, ia tidak dikongsikan sama ada Samsung turut pertimbang untuk penawaran kemaskini sistem operasi melangkaui 4 tahun, atau sebaliknya.

Komen