X memperkenalkan ciri baharu hari ini yang hanya membolehkan pengguna yang identiti telah disahkan boleh membalas ciapan yang dihantar. Ia adalah satu ciri yang sebelum hanya membenarkan pengguna tertentu atau menghalang semua jawapan balas dihantar ke atas ciapan yang dimuat naik.
Untuk menggunakan ciri ini anda hanya perlu melancarkan semula aplikasi. Tidak perlu mengemaskini X ke versi terkini terlebih dahulu. Ini satu lagi ciri yang dilihat sebagai cara untuk mengelakkan ciapan yang dihantar menerima reaksi negatif daripada orang ramai.
Sejak serangan Israel ke atas Gaza bermula semalam, ramai selebriti dengan calit birua dihentam kerana menyokong tindakan ganas Israel. Dengan ciri baharu ini mereka dapat mengurangkan jumlah makian yang diterima daripada pengguna X yang tidak melanggan kepada Premium atau yang tidak disahkan identiti sebenar.