Intel dijangka akan melancarkan siri cip pemprosesan Intel Raptor Lake Refresh mereka pada 17 Oktober Oktober ini yang mana pelbagai butiran mengenai model-model cip pemprosesan ini sudahpun diperlihatkan.
Terkini, nampaknya Intel sendiri telah tersilap langkah dalam memperlihatkan penyenaraian nama-nama model CPU Raptor Lake tersebut didalam pangkalan data mereka sendiri, dari model Intel Core i3-14100T sehinggalah Intel Core i9-14900K yang sudahpun tertiris sebelum ini.
Butiran lanjut seperti jumlah teras dan kelajuan tidak diperlihatkan, tetapi Intel dijangka akan memperlihatkan siri cip pemprosesan tersebut secara rasmi pada 17 Oktober ini.