Carian
Honor Play 50 Plus Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 6020 Dan Bateri 6,000mAh
October 10, 2023 Amy Maizuraa

Honor 50 Plus telah dilancarkan secara rasmi di China dengan spesifikasi kelas asas. Melihat secara menyeluruh ia berkongsi sebahagian besar spesifikasi dalaman yang sama seperti Honor Play 40 Plus. Bezanya cuma pada cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6020 yang digunakan sebagai tunjang utama.

Secara khusus peranti dilengkapi dengan skrin 6.8-inci IPS LCD yang juga menyokong kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 6020, memori 12GB RAM dan storan dalaman dalaman 256GB. Peranti juga memuatkan bateri 6,000mAh dengan pengecasan 35W, di samping kamera utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi dan rangkaian 5G terbina. Harga jualan peranti bermula RMB1,399 (~RM909) dengan empat pilihan warna seperti Magic Night Black, Mo Yuqing (green), Star Purple, dan Streaming Silver.

Komen