Samsung Galaxy M34 5G kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1,399. Ia merupakan peranti kelas pertengahan dengan fokus terhadap jangka hayat bateri berpanjangan. Melalui tawaran harga promosi, peranti ini boleh dibeli pada RM999 sahaja namun terhad bersempena untuk jualan akhir tahun 10.10 di Shopee sahaja.
Samsung Galaxy M34 5G dilengkapi dengan skrin 6.5-inci FHD+ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip Exynos 1280 yang juga memuatkan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ruang tambahan menerusi kad mikroSD juga disediakan yang boleh dikembangkan sehingga 1TB.
Kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro) dan kamera hadapan sebesar 13MP. Bateri 6,000mAh yang Dalam masa sama Samsung turut menjanjikan kemaskini sistem OS selama empat tahun serta tampalan sekuriti mencapai lima tahun.
- Beli – Samsung Galaxy M34 5G