AirAsia sedia mengumumkan perancangan untuk menjenamakan semula AirAsia SuperApp mereka kepada jenama baharu AirAsia MOVE. Dibawah penjenamaan baharu, AirAsia bakal memfokuskan untuk menjadi aplikasi setempat untuk penerbangan dan percutian.
Selari dengannya, hari ini juga ia diumumkan BigPay kini diintegrasikan terus ke aplikasi AirAsia. Dengan langkah ini, pengguna boleh pautkan BigPay ke dalam aplikasi AirAsia dan menyemak baki serta membuat pembayaran terus menggunakan aplikasi AirAsia.
Ia turut dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang, pendaftaran BigPay juga turut boleh dilakukan terus dalam aplikasi AirAsia.
Ini sekaligus memperlihatkan langkah AirAsia untuk memfokuskan kepada satu aplikasi, dan memudahkan lagi pengguna melaluinya.
Bagi anda yang menggunakan BigPay dan AirAsia, boleh mulakan proses integras ini bermula hari ini.