Pengeluaran Komputer Menjunam Pada Q3 2023 Dengan Apple Paling Teruk Terkesan
Effi Saharudin
IDC mengeluarkan laporan terkini mereka dan sekali lagi pengeluaran komputer pada Q3 2023 menjunam berbanding suku yang sama tahun lalu. Secara keseluruhan 68.2 juta komputer dikeluarkan berbanding 73.8 juta bersamaan pengurangan 7.6%.

Lenovo masih memegang kedudukan pengeluar terbesar dengan pegangan 23.5% pasaran diikuti oleh HP (19.8%), Dell (15%), Apple (10.6%) dan Asus (7.1%). Hanya HP menunjukkan peningkatan jualan sekitar 6.4% di antara lima pengeluar dengan pegangan terbesar. Yang paling teruk terkesan ialah Apple dengan pengeluaran jatuh 23.1% diikuti oleh Dell dengan pengurangan 14.3%.
IDC meramalkan pasaran akan hanya kembali stabil pada H2 2024 dengan pembelian komputer baharu berlaku selepas sokongan untuk Windows 10 dihentikan oleh Microsoft. Pengurangan pengeluaran komputer sejak beberapa suku kebelakangan ini dikatakan akan menjadi faktor Apple melewatkan pelancaran MacBook baharu ke tahun depan dan bukannya penghujung tahun ini.
[sumber] IDC [/sumber]